Pengikut

Khamis, 9 Julai 2009

Apa sebenarnya cache memory

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang fungsi cache memory yang kita sering dengar bila bercakap tentang komputer. Apa sebenarnya cache memory itu?Emm.Baiklah, mari kita mulakan pelajaran untuk hari ini tentang cache memory. Sebenarnya, cache memory adalah merupakan tempat simpanan data atau informasi (maklumat) sementara yang kerap digunakan atau diakses oleh sesebuah komputer.Cache memory terletak pada CPU atau bersebelahanya pada chip yang berasingan. CPU menggunakan cache memory untuk menyimpan arahan yang kerap digunakan untuk menjalankan sesebuah program. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kelajuan sistem secara keseluruhan.

Terdapat 2 bahagian cache memory pada komputer iaitu level 1 dan level 2 yang sering diisitilahkan dengan cache L1 dan L2. Cache L1 terdapat pada CPU secara terbina dalam manakala cache L2 pula terletak dalam cip berasingan dan terletak berdekatan dengan CPU. Sesetengah CPU mempunyai L1 dan L2 secara terbina dalam dan L3 terletak di luarnya. CPU yang mempunyai cache memory terbina dalam lebih pantas berbanding dengan yang berada di luar kerana ia beroperasi seiring dengan kelajuan mikroprosessornya.

Walaubagaimanapun, cache yang berasingan secara kasarnya adalah 2 kali ganda lebih laju sepertimana Random Acces Memory (RAM). Cache memory lebih mahal harganya berbanding dengan RAM tetapi amat berbaloi membeli CPU dan papan induk yang mempunyai cache terbina dalam untuk memaksimunkan keupayaan sistem.

sumber - link

4 ulasan:

Unknown berkata...

satu fakta yang menarik,saya pun baru berjinak2 dgn dunia komputer ni,nak tanya sikit,saya menggunakan motherbord via p4m266 sekarang guna prosesor pentium 4 1.6 mhz.kalau nak upgread kpd prosesor yg lebih laju saya kena guna prosesor jenama mana yg serasi dgn motherbord lama tu?--_tolong bagi jawapan kat ruangan komen dlm blog saya..

Unknown berkata...

lupa bagi tahu cipset 478.

Faz Fazrin berkata...

http://en.wikipedia.org/wiki/CPU_socket

cuba tgk link diatas, soket 478 terlalu lama rasanya, klu nak upgrade pun, mungkin susah atau mahal. now rm1500 dah dapat laptop duo core.

klu nak tgk jenis prosessor yg boleh masuk kat pc anda, rujuk sini http://www.asrock.com/mb/cpu.asp?Model=P4VM800

Natasha berkata...

kalau ikutkan aku... aku takkan upgrade processor... baik beli baru je ijoks... lagi berbaloi kot... Quad pun dah klua... tp kalau ang bukan heavy user, boleh ambik core 2 duo je... skarang byk dtg dlm 4g... syiookkk wooo...

kalau mau laptop 2nd hand yg tip top... mai kontek aku!

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE