Pengikut

Rabu, 1 Julai 2009

Camera Technical and Engineering

Dari mana asalnya perkataan "Bokeh" ini?
Pada zaman analog, agak kurang digunakan istilah ini. Perasan atau tidak?
Saya telah membuat kajian sedikit didalam beberapa buku2 lama dan baru fotografi, wikipedia dan ensyklopedia.
Dari mana datangnya "Bokeh" ini.

Bokeh
- Perkataan "Bokeh" sebenarnya berasal dari bahasa Jepun "boke" yang bermaksud, "blurred or fuzzy".
- Perkataan "boke" diadaptasikan dari perkataan Jepun ke bahasa English untuk maksud "fuzzy" dan telah ditukarkan kepada ejaan "Bokeh" oleh Mike Johnston (editor of Photo Techniques magazines) pada tahun 1996.
- Perkataan "Bokeh" mula digunakan dgn meluas di majalah2 foto terkemuka Eropah pada awal thn 2000.
- Maksud dari Wikipedia untuk Bokeh ialah - 1) Shallow depth of field (d.o.f) or Wide aperture
2) Appearance of out-of-focus

No Bokeh / Wide Depth of Field / Small Aperture


Bokeh / Shallow DOF / Wide Aperture


Kalau ditanya kepada jurufoto lama, mereka lebih fimiliar dgn wide d.o.f dan shallow d.o.f. Tetapi tidak bermaksud, penggunaan perkataan Bokeh ini salah atau tidak tepat. Termanya telah digunakan sebagai tajuk kepada salah satu teknik untuk mengawal aperture.
Ada banyak perkara yg amat berkait rapat dengan "Bokeh" ini. Diantaranya
1) Aperture
2) Depth Of Field (D.O.F)

Aperture
- Di dalam istilah optic, aperture ialah satu bukaan cahaya di mana ianya digunakan untuk mengawal jumlah limpahan cahaya yang melalui bukaan lensa ke permukaan filem atau image sensor.
- Satu alat yang dipanggil diaphragm digunakan sebagai aperture stop (f-stop). Fungsi diaphragm sama seperti iris di dalam mata manusia. Ianya mengawal kesesuaian diameter untuk jumlah limpahan cahaya di bukaan lensa sama seperti iris (anak mata) manusia. Iris mata akan membuka dgn besar dan di tempat gelap ianya akan mengecil ditempat yg cerah. Konsep aperture, bukanlah faktor utama untuk mencerah atau menggelapkan sesuatu gambar. Ianya lebih kepada untuk mengawal jarak fokus di mana saiz sesuatu aperture akan menambahkan d.o.f atau mengurangkan d.o.f.
- F-stop / F-number ialah satu unit yang digunakan untuk pengiraan sesuatu aperture di mana maksudnya - "Nisbah jarak fokus kepada kesesuaian diameter aperture untuk bukaan sesuatu jumlah limpahan cahaya".


Depth Of Field (d.o.f.)
- D.O.F. ialah kawasan dimana sebahagian dari pandangan atau subjek yg muncul dengan jelas dalam ruang pandangan lensa. Ayat yang paling mudah ialah kawasan sesuatu subjek mula tampil / muncul dengan jelas pada sesuatu jarak diantara lensa dengan subjek atau jarak lensa di zoomkan kepada subjek.
- Faktor keberkesanan d.o.f. berkait rapat dan diukur kepada jarak fokus lensa (lens focal length), jarak subjek dan f.number.
- D.O.F. juga didefinasikan sebagai bahagian dimana kawasan bagi titik optikal (optical spot) pada ruang liput pandangan / subjek yang menjadikan sesuatu gambar itu "background blurr" atau "foreground blurr".


Sila layari link ini untuk maklumat lebih lanjut -
BOKEH - http://en.wikipedia.org/wiki/Bokeh
D.O.F. - http://en.wikipedia.org/wiki/Depth_of_field
CIRCLE OF CONFUSION - http://en.wikipedia.org/wiki/Circle_of_confusion
APERTURE - http://en.wikipedia.org/wiki/Aperture

Yg Benar,
Kalel --creadit to http://shw.azroygila2remaja.fotopages.com/20234557.html

Tiada ulasan:

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE