Google+ Followers

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE

Rabu, 30 September 2009

virus

Adakah sejenis virus yang menyerang melalui elektrik? Dan adakah pengimbas virus boleh mengesannya?

Bertenang saudara, sepanjang pengetahuan dan pengalaman saya menggunakan komputer, tidak pernah saya mendengar wujudnya virus yang mengalir bersama arus elektrik. Jangan terlalu percayakan cerita-cerita kartun di televisyen yang sering mengelirukan penonton dengan ilusi pengarangnya. Virus sebenarnya adalah satu aturcara komputer yang tersembunyi dan `berjangkit' melalui perlaksanaan aturcara atau arahan sistem tertentu, contohnya arahan untuk membaca, menyalin atau mengimbas fail.
Secara praktikalnya virus tidak dapat merebak melalui elektrik kerana talian elektrik tidak mengalirkan data. Sebaliknya, virus merebak melalui penggunaan disket yang tidak terkawal seperti berkongsi disket dengan kawan, menggunakan disket di pusat/makmal komputer yang tidak dilindungi perisian anti virus dan menggunakan perisian cetak rompak. Ia juga boleh merebak melalui pemindahan terima (download) fail daripada Internet tanpa pengawasan anti virus.

Setiap kali selepas menyimpan (save) dokumen dalam MS-Word 95, mesej `Have a nice day!' akan dipaparkan. Apakah ini sejenis virus dan bagaimana untuk mengatasinya?

Ya, mesej tersebut adalah dari virus jenis Word Macro/Nice Day yang banyak menyerang dokumen-dokumen yang ditulis menggunakan Word. Untuk mengatasinya, anda harus mendapatkan perisian antivirus seperti Dr. Solomon, Pc-Cillin, Armour dan sebagainya.

Bolehkah `Bad Sector' diperbaiki dengan mana-mana anti virus?

Ia tidak boleh diperbaiki dengan perisian antivirus, namun jika anda merasakan ianya akibat virus, anda boleh cuba mengesannya dengan perisian-perisian antivirus
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...