Pengikut

Jumaat, 2 Oktober 2009

Pengenalan Komputer

PENGENALAN
Sistem komputer adalah mesin pemproses maklumat yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Fungsi sistem komputer
• Kebolehan memproses yang melakukan pengiraan, perbandingan dan pergerakan data
• kebolehan untuk menyimpan data dan arahan secara kekal dan sementara
• kebolehan menerima input dan mengeluarkan output serta berkomunikasi melalui media komunikasi
Sistem komputer terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).

KOMPONEN UMUM PERKAKASAN
• Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
• Storan Utama (Main Memory)
• Peralatan I/O


ORGANISASI CPU
Terdiri dari 3 komponen utama:
• Unit Arithmatik dan Logik (ALU)
• Daftar (Registers)
• Unit Kawalan (Control Unit)
Kombinasi setiap komponen berfungsi untuk mendapatkan dan melaksanakan arahan-arahan.

STORAN UTAMA
• menyimpan arahan dan data
• satu koleksi unit-unit (sel-sel) storan
• setiap unit bersaiz tetap (eg. 1 byte)
• unit asas memori yang boleh dicapai disebut word
• alamat (address) digunakan untuk capaian setiap word
• setiap word mempunyai alamat yang unik
• sistem memori ada 2 operasi - read dan write
• boleh dicirkan dari segi pencapaian dan pemeruapan

PERALATAN I/O
• membolehkan komputer berhubung dan memberi kesan pada persekitaran
• eg. cetak aksara, baca aksara, simpan data yg banyak, ukur suhu, berkomunikasi dgn komputer lain
• peralatan I/O termasuklah kekunci, tetikus, pencetak, monitor, modem, scanner,
• setiap peralatan mempunyai pengawal (controller) yang tersendiri

SENIBINA VON NEUMANN
• senibina rekabentuk oleh John von Neumann (1950s)
• ciri-ciri senibina ini:
• ada 3 komponen asas perkakasan
• konsep stored program
• perlaksanaan arahan secara berjujukan
• penggiliran kitaran arahan dan perlaksanaan

KOMPONEN-KOMPONEN UMUM PERISIAN
Perisian Aplikasi
• aturcara yang memenuhi kehendak pengguna yang khusus
Perisian Sistem
• aturcara yang bertindak sebagai antaramuka antara pengguna dgn perkakasan, mengurus sumber komputer dan menyediakan program utiliti kepada pengguna

Komputer boleh diklasifikasikan mengikut kategori berikut:
• Superkomputer
• Kerangka Utama (mainframe)
• Komputer Mini (minicomputer)
• Stesyen Kerja (workstation)
• Komputer Mikro (microkomputer)

2 ulasan:

husni berkata...

whose nak tanyan cikt...laptop kat komputer tu sama atau lain erk?

Faz Fazrin berkata...

sama je, komputer tu universal la kut

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE