Google+ Followers

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE

Rabu, 25 November 2009

Kenapa aku kata Maxis lagi bagus dari Celcom.. luahan pengguna.

Setelah 1 tahun menggunakan line maxis, dan setahun menggunakan line celcom.
serta menggunakan broadband ke dua2 telco ini.. inilah kesimpulan yang dapat aku buat...
jangan marah kalau tak puas hati, ini sekadar pandangan aku, aku tak menyokong sesiapa, aku hanya menyokong pemberi servis terbaik sahaja. hope lepas ni, mereka akan tingkatkan servis mereka. aku tak sentuh langsung pasal DIGI, bukan sebab tak bagus, tapi memang aku tak pernah pakai DIGI.

Signal:
  • Kedua duanya sama, lebih kurang je kawasannya, kat rumah aku, dua2 tak clear, maybe share site.
  • Simcard celcom lambat dapat line, semasa start-up handphone.
  • Celcom selalu down, satu malaysia pulak tu! dah la tu, asyik line busy je
  • Sejak tukar simcard celcom, aku rasa lembab dapat signal GPS, apa kena mengena.. aku pun tak tahu...

Broadband:
  • Ramai orang kata celcom laju..tapi celcom ni byk block, contohnya bila masuk conference dalam yahoo messenger, tak boleh guna voice. begitu juga dengan sesetengah website tak dapat masuk sepenuhnya. Sedangkan ketika aku menggunakan maxis, perkara begini tak pernah terjadi.
  • Ketika menggunakan maxis, aku pernah download sehingga 200kbyte/s, walaupun hanya pada waktu malam, tapi celcom belum pernah selaju itu!.
Kemudahan:
  • Celcom Online Update lambat bil. susah la nak berurusan secara online!!
  • WEbsite celcom macam website tak update!,hohoho sapa la yg buat...
  • Check bill pun kadang2 tak dapat.
  • Tiada servis yang kita boleh tukar secara online.
  • Nak minta setting untuk 3g pun susah, cari kat online takda, kena call customer servis!!, yang ada pun untuk model lama2, lepas tu kena setting sendiri pulak tu, kalau guna maxis, boleh terus je minta setting kat online.
  • Aku pernah bayar celcom secara online, 2 minggu check, baru bayaran aku tu masuk, buat org risau je.
  • celcom ni kalau line kena bar cepat je dia potong, tapi bila dah bayar, lambat pula nak aktif kan balik.
  • aku menyampah pegi kedai celcom, Depan kedai dia, penuh promoter duk promote broadband, nak bayar bil pun susah! suka nak main kejar2!!
  • aku rasa, bila bil maxis dengan celcom sampai, maxis lebih senang faham nak tengok, aku pening tgk bil celcom aku, ntah apa2 yang dia tulis, serabut jiwa dan raga.
Harga:
  • Celcom lebih mahal dari maxis!! walau pun nampak murah!
  • Bil aku mencecah 200 bila guna celcom, sedangkan sebelum ini hanya 100 sebulan ketika menggunakan maxis! menggunakan package yang sama!!
  • walaupun celcom supplement wajib bayar cuma rm5 sedangkan maxis rm30, tapi celcom still lebih mahal bila sampai bil bulanan!
huhu still pakai celcom, company suruh guna celcom....kerna terpaksa..
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...