Pengikut

Selasa, 23 Februari 2010

aku nak share note belajar amik gambo dari http://noorizamsabran.com/

YA!!! E-book ‘‘33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi” memang saya berikan percuma! Tajuk ini adalah bagi menjawab soalan daripada rakan-rakan yang baru terjumpa blog saya ini. Ramai yang bertanyakan bagaimana untuk membeli e-book ini.

”Kawan-kawan yang saya kasihi sekalian, e-book ini adalah 100% PERCUMA!”

E-book ”33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi” ini saya hasilkan khusus untuk rakan-rakan yang meminati fotografi. Terutamanya kepada yang masih baru dan kurang faham tentang asas fotografi. Kepada yang dah lama pun boleh muat turun, untuk ‘recall’ kenangan mula-mula belajar fotografi dulu :) . Seronok jika diingatkan kembali.

Tidak kira anda menggunakan DSLR atau kamera kecil (point and shot) e-book ini sesuai untuk anda.

MENGAPA?

  • E-book ini mudah difahami bagi rakan-rakan yang tidak mempunyai asas dalam fotografi.
  • E-book ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri belajar fotografi dari ‘zero’.
  • Ringkas dan bahasa yang saya gunakan tidak terlalu teknikal. Abang dan kakak, pakcik dan makcik pun mudah faham :)
  • Gambar contoh juga disertakan bagi memudahkan kefahaman pembaca.
  • E-book ini 100% PERCUMA!

Ada pula yang bertanya, mengapa ianya saya berikan secara percuma? Jawapan saya: ”Saya juga mahu rakan-rakan saya pandai merakam gambar yang cantik-cantik”. Kalau saya simpan, duduk diam-diam saya seorang saja yang amalkan ilmu ni. Tak best kan?

Jadi saya kongsikan dengan anda semua dan anda pula kongsikan dengan rakan-rakan yang lain dan rakan-rakan yang lain kongsikan dengan rakan-rakan mereka, cuba anda bayangkan berapa ramai rakan-rakan lain yang akan dapat ilmu ini? Mungkin beratus ribu orang dan seterusnya berjuta-juta orang. :) …Tiada yang mustahil pun.

Rakan-rakan hanya perlu memuat turun e-book ini dengan memasukkan nama dan email di dalam kotak sebelah kanan blog ini. Secara automatik komputer anda akan memuat turun e-book ini.

Rakan-rakan yang belum memuat turun, boleh juga CLICK pada poster ‘pokok’ di bawah ini:

Rakan-rakan boleh tolong sebarkan e-book ini dan jika anda ada blog, boleh link kan ke dalam blog anda. Tiada masalah.

Yang paling penting, rakan-rakan perlu baca dan amalkan! Ya, ilmu mesti diamalkan. Baru boleh jalan.

Kepada rakan-rakan yang dah men ‘download’ dan membaca e-book ini, bolehlah tinggalkan komen anda untuk dikongsikan bersama yang lain.

Ok. Selamat berhari minggu ya. Saya nak masak dah nak masuk tengah hari.

1,2,3…GO!!! :)


sumber http://noorizamsabran.com/

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE