Google+ Followers

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE

Sabtu, 28 Mei 2011

ipad 2 ... iphone....android...

mcm2 teknologi skrg ni, ada yg bagus, ada yg popular je lebih..
pepandai la memilih, yg terbaik..ikut la kesesuaian dgn pekerjaan, atau hobi...
seeloknya cek dulu kat internet yg mana terbaik, masuk forum2, macam lowyat forum ke, putera.com ke.. ramai org share pendapat kat sana. kekadang bile kita tanya kat kedai, dia org tu pun bukan tau sgt..cuma nak jual barang je, so jgn terpengaruh sgt, nanti da beli benda yg mahal tapi xpuas hati.. apa pun tak boleh..hahaha...jimat2 la guna duit, jgn ikut nafsu, sbb teknologi skrg ni memang x sempat nak kejar, if br beli setahun pun, dah buruk. so benda yg kite nak tu, bila2 masa leh dapat, dan semakin canggih. ingat x harga kamera dulu mcm mana, harga komputer, handphone, ingat lagi, dulu pernah beli hanphone 8310 xde kaler pun, camera pun xde, rm 900..haha gile kan, skrg rm 70 je da dapat hp mcm tu.. ish2...cepat tu kemajuan berlaku..
tanda2 nak kiamat gak tu...ntahla..

Rabu, 25 Mei 2011

vmenu untuk pengguna nokia

baca dulu baru faham fungsi vmenu ni

vMenu
is designed to make your S60 5th Edition phone look and feel more like an Apple iPhone. The app imitates the iPhone’s default screen – vMenu lists all your available applications and can be paged through with the flick of a finger.

Main features
-Inertial sliding menu instead of the system default menu, controlled with a simple finger drag (just touch and drag to flip through pages).
-Integrates a task manager(Press menu key and hold, you will see vMenu's task manager).
-Includes and Edit Mode (Click an icon and hold, to enable it, so you can rearrange icons freely).

Rabu, 18 Mei 2011

MEMORI (RAM, PRIMARY STORAGE, MAIN STORAGE, INTERNAL STORAGE, MAIN MEMORY)

1. Memori ialah bahagian komputer yang menyimpan :
a. Data untuk pemprosesan
b. Arahan-arahan atau program untuk pemprosesan data
c. Maklumat iaitu data telah diproses
2. Data dan arahan disimpan dalam memori secara sementara sahaja. Ini adalah kerana :
a. Kebaikan jenis memori menyimpan data secara sementara.
b. Jika terdapat lebih dari satu program dilaksanakan dalam satu masa yang sama, sesuatu aturcara tidak boleh berada dalam memori secara eksklusif.
c. Tiada ruang dalam memori untuk menyimpan data yang telah diproses.
3. Terdapat dua jenis memori iaitu:
a. RAM (Random Access Memory) capaian memori jenis ini menyimpan data dan arahan yang akan dilaksanakan secara sementara. Ia bersifat meruap (volatile) iaitu kandungan ingatannya akan terhapus sekiranya tiada arus elektrik. RAM terdiri daripada dua jenis iaitu Statik RAM (SRAM) dan Dynamic Ram (DRAM). Ukuran muatan bergantung kepada jumlah bait yang boleh disimpan. Contohnya 8MB, 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan sebagainya.
b. ROM (Read Only Memory) iaitu memori jenis ini menyimpan program dan data secara kekal. Kandungan memori iaitu program dan data hanya boleh dibaca dan digunakan tetapi boleh diubahsuai oleh pengguna. Ia bersifat tidak meruap iaitu (non-volatile) kandungan memori tidak akan terhapus sekiranya tiada bekalan arus elektrik.

DAFTAR

1.Daftar ialah storan sementara bagi sesuatu arahan dan data yang sedang dilaksanakan oleh CPU. Ia bukan sebahagian daripada memori tetapi ia merupakan storan tambahan yang mempunyai kelebihan dari segi kepantasan. Daftar dikawal oleh unit kawalan untuk menerima, menyimpan dan menghantar arahan dan data. Ia membenarkan perbandingan arithmetik dan logik dilakukan dengan pantas. Daftar ini dikenali sebagai Daftar Storan Berkelajuan Tinggi.
2. Terdapat beberapa jenis daftar iaitu:
a. Daftar Penghimpun (accumulator) - untuk simpan hasil pengiraan
b. Daftar Alamat - simpan alamat lokasi dalam memori
c. Daftar Storan - simpan data yang akan dihantar atau diambil dari memori
d. Daftar Am (general purpose) - berguna untuk pelbagai fungsi seperti operasi arithmetik

Selasa, 17 Mei 2011

Camne nak buang read more?

kali ni aku nak tanya korang plak, camne nak buang read more ni, biar satu post kuar penuh...adohai...poning

Ahad, 15 Mei 2011

Facebook : Membuat tulisan bold dan underline ketika berchating di facebook

bold = taip * di awal dan akhir
contoh: *pekabar, watpe*

underline = taip _ di awal dan akhir ayat
contoh: _takde watpe, tgh study..huhu_

tu je nak share..malas cakap banyak, letih,hahahaha

update contoh:




faham?

Sabtu, 14 Mei 2011

Jaringan tanpa wayar

Jaringan tanpa wayar

Pengguna boleh memeriksa e-mel ketika tiba di lapangan terbang sebuah negara asing. Capaian maklumat di mana sahaja dan pada bila-bila masa merupakan sebuah janji daripada rangkaian data tanpa wayar. Namun realiti tidak seperti yang dinyatakan.

Dalam dunia yang lebih nyata, anda akan mendapati bahawa anda akan berada di luar capaian rangkaian selular dan sistem e-mel tidak dapat dicapai kerana ia tidak disokong oleh negara asing tersebut. Secara realitinya terdapat banyak kelemahan dalam capaian tanpa wayar dan pengguna harus faham bahawa ia berbeza daripada satu rangkaian kepada satu rangkaian yang lain dan daripada satu peranti kepada satu peranti yang lain. Pengguna juga harus faham mengenai tugas penyedia perkhidmatan tanpa wayar dan hubungan mereka dengan pembawa talian tanpa wayar.


rangkaian tanpa wayar boleh menyambungkan pelbagai peranti kepada internet

Terdapat dua kategori teknologi tanpa wayar iaitu LAN (local-area networks) atau rangkaian kawasan tempatan dan WAN (wide-area networks) atau rangkaian kawasan luas. Sebuah LAN tanpa wayar menyediakan capaian internet meliputi sebuah kawasan geografi yang kecil dan ia biasanya terhad kepada sebuah rumah atau bangunan. WAN tanpa wayar pula menyediakan capaian internet meliputi kawasan yang lebih besar seperti sebuah bandaraya atau negara.

Berhubungan tanpa wayar

LAN tanpa wayar boleh menjadi efektif dalam beberapa suasana. Dalam pejabat LAN tanpa wayar membenarkan pekerja bergerak dengan bebas di dalam bangunan. Tidak seperti LAN berwayar, para pekerja hanya terhad pada rangkaian dalaman termasuklah internet dan e-mel. Rangkaian tanpa wayar popular di dalam rumah yang mempunyai lebih daripada satu komputer bagi mengurangkan kos pemasangan wayar.


LAN tanpa wayar berkomunikasi menerusi titik capaian yang terdiri daripada penerima (transceiver) dan kad Ethernet. Titik capaian ini disambungkan kepada peranti tanpa wayar keapda rangkaian berwayar biasa. Peranti pengguna seperti komputer bimbit atau peribadi boleh disambungkan kepada LAN tanpa wayar menggunakan kad PC, kad PCI (Peripheral Component Interconnect), atau kad ISA (Industry Standard Architecture). LAN tanpa wayar menggunakan standard 802.11b yang berkelajuan sehingga 11Mbps dan rangkaian berwayar pada kelajuan 100Mbps atau lebih. Para pengeluar seperti 3Com (http://www.3com.com), Cisco (http://www.cisco.com), dan Avaya (http://www.avaya.com) mengeluarkan produk-produk tanpa wayar yang serasi 802.11b.

Di sebalik rangkaian tanpa wayar

CDPD

CDPD (Cellular Digital Packet Data) adalah rangkaian data tanpa wayar yang digunakan pada rangkain bersel analog yang sedia ada. Oleh kerana rangkaian ini memerlukan perkakasan tambahan maka CDPD tidak akan dapat meliputi keseluruhan kawasan perkhidmatan.

CDPD adalah rangkaian suis-paket di mana data dipecahkan kepada serpihan kecil dan dihantar menerusi rangkaian dan tiba di destinasi tanpa mengira susunan. Peranti tanpa wayar akan menerimanya dan menyusun semula paket-paket data tersebut. CDPD sentiasa berfungsi sepanjang masa dan anda tidak perlu mendail kepadanya untuk mendapatkan perkhidmatan dan pengguna akan dicaj menurut jumlah data yang dihantar. Kini kebanyakan CDPD banyak digunakan bersama PDA.

Rangkaian CDPD telah direka menuruti lakaran sebuah rangkaian tanpa wayar. Rangkaiannya berasaskan tiga komponen iaitu M-ES (Mobile End System), MDBS (Mobile Data Base Station), dan MD-IS (Mobile Data Intermediate System). M-ES adalah sebuah peranti seperti sebuah modem tanpa wayar untuk PDA. Modem tanpa wayar ini akan memantau status MDBS. Jika ia menerima isyarat "sibuk", modem tahu bahawa terdapat sebuah peranti sedang berkomunikasi dengan MDBS. Jika M-ES menerima isyarat "kosong" maka MDBS bersedia untuk menerima data dan ia akan berkomunikasi dengan MDBS. Apabila MDBS menerima isyarat daripada modem MDBS akan menghantar isyarat pendekod kepada modem untuk memberitahu bahwa data telah diterima. Jika modem tidak menerima isyarat pendekod maka ia akan menghantar semula maklumat tadi.

MDBS mempunyai sebuah modem tanpa wayar dan sebuah modul kawalan komputer. Setiap modul menyokong sehingga enam penerima tanpa wayar. Rekabentuk ini membenarkan MDBS menggunakan seberapa banyak penerima yang diperlukan pada setiap lokasi MDBS. Pada setiap lokasi MDBS ia akan bergabung dengan sebuah menara bersel analog di mana rangkaian tanpa wayar bermula.

Sebelum peranti meminta maklumat daripada rangkaian CDPD, ia akan ditentusahkan oleh MD-IS. MD-IS akan bertanggungjawab untuk mengetahui lokasi modem tanpa wayar pada setiap masa. Jika modem itu terkeluar daripada capaian MDBS, makan MD-IS akan memilih MDBS yang terdekat dan menggunakan modem pada kedudukan baru. MD-IS seterusnya akan memantau jumlah data yang dihantar atau diterima oleh pengguna. Rangkaian CDPD berkelajuan sehingga 19.2Kbps iaitu antara yang paling perlahan dalam sambungan dail-terus.

Inframerah

Inframerah membenarkan anda menghantar dan menerima maklumat daripada satu peranti kepada satu peranti yang lain dengan menggunakan cahaya. Kebanyakan PDA dan telefon bersel, notebook dan pencetak mempunyai port inframerah. Sesetengah PDA membenarkan anda menggunakan inframerah untuk berkomunikasi dengan pencerak atau telefon bersel.

Pusat pertukaran inframerah terhad kepada dua peranti sahaja dalam satu masa. Peranti yang lebih canggih seperti PDA dan notebook, mempunyai perisian dan perkakasan untuk menguasai peranti tersebut sementara pencetak dan telefon bersel adalah peranti yang kurang canggih. Peranti yang lebih canggih pasti akan menguasai sambungan inframerah.

Jika terdapat gangguan radio daripada peranti lain, port inframerah terganggu dengan sumber cahaya yang lain. Untuk mengurangkan gangguan port inframerah hendak mempunyai capaian 15 darjah sahaja. Tamabahan pula untuk mencapai port inframerah yang lain ia hendaklah berada di dalam ruang litup peranti lain.

Pemindahan inframerah adalah separuh dupleks, dan ini membolehkan hanya satu peranti sahaja bersambung pada satu masa. Setiap peranti mempunyai 500 milisaat untuk bersambung dan 500 milisaat untuk mendapat maklumbalas. Jika ia tidak berhubungan di dalam julat masa itu maka peranti itu dianggap tidak berfungsi.

Bluetooth


Bluetooth adalah sebuah teknologi yang menjanjikan banyak kebaikan tetapi ia masih kurang mendapat sokongan perisian dan keselamatan serta harga yang mahal. Bluetooth menyediakan komunkasi radio jarak pendek antara peranti Bluetooth. Contohnya sebuah fon telinga berasaskan Bluetoothboleh digunakan dengan telefon bersel yang disimpan dalam poket anda. Bluetooth menggunakan frekuensi spektrum 2.4GHz.

Sebuah rangkaian sambungan peranti-peranti Bluetooth dikenali sebagai "piconet" atau rangkaian pico. Satu peranti digunakan sebagai peranti utama dan ia akan menentukan frekuensi yang akan digunakan dalam seluruh rangkaian pico tersebut dan peranti lain dianggap sebagai peranti sekunder. Rangkaian pico adalah sebuah rangkaian "peer-to-peer" yang mana setiap peranti boleh menerima dan menghantar maklumat daripada sebarang peranti. Dengan itu sebuah peranti boleh menjadi rakan yang aktif dalam lebih daripada satu rangkaian pico. Jika lebih daripada satu rangkaian pico disambung maka ia akan dinamakan sebagai "scatternets".


Apabila sebuah peranti Bluetooth cuba bersambung dengan peranti Bluetooth yang lain ia akan mengeluarkan perintah dalam 16 bentuk frekuensi. Peranti yang berhampiran akan mengesan frekuensi setiap 1.28 saat dan mengimbas 32 jenis frekuensi. Apabila peranti berjaya menghasilkan sambungan dengan perantai lain mana ia akan mengambil masa kira-kira 0.64 saat bersambung.

Walaupun hampir kesemua rangkaian tanpa wayar serupa tetapi ketidakserasian rangkaian memerlukan perhatian yang lebih dalam penentuan kawasan yang diliputi. Ada diantara rangkaian direka untuk memberikan kelajuan dan capaian yang tinggi dan luas seperti CDPD dan Ricochet.

Jumaat, 6 Mei 2011

How to used Super Screen Recorder

install
  • register pilih 'later'
  • buka super screen recorder yg telah diinstall
  • klik pada 'help' 'enter serial number' masukkan serial number
  • done
cara guna:
  • klik region..pilih 'fullscreen'
  • utk mula merecord tekan 'record', minimize

  • lepas habis record, double klik pada icon di sebelah jam.
  • lepas tu tekan stop
  • save..
  • done
Gluck..

ipad atau samsung galaxy tab




1. Display

iPad screen besar dari samsung Galaxy Tab.

2. Ukuran dan Berat.

Samsung Galaxy Tab ringan, kecil.

3. Connectivity

Samsung Galaxy Tab lebih canggih daripada iPad

4. Kapasitas

Samsung Galaxy Tab ada slot external memory
ipad tiada external memory

5. Camera

iPad definitely tiada camera
Samsung Galaxy Tab ada depan dan belakang

6. Battery Life

iPad 10 jam
Galaxy Tab 7 jam

7. Performance

processor yang sama yaitu 1 GHz.

8. Aplikasi

iPad, banyak berbayar
Samsung Galaxy Tab, banyak dan free

9. Harga

ipad lebih mahal

malas nak taip...hehehe...
pepandai la fikir..

betul ke osama kena bunuh?

Sapa sokong, leh letak banner kat blog memasing

contoh

Photobucket

ni code nye, just copy dan paste di html widget anda



sapa yg ada banner, sy akan balas

Minta cadangan nama domain untuk blog ni

http://www.diysteps.com <--sudah diambil org so aku kena pilih nama domain lain, ada apa2 cadangan? bagi la byk mana pun nama.
boleh post ke ruangan komen, cadangan amat2 di alu alukan.
klu boleh, yg mudah diingat, jgn letak osama bin laden.com plak.hehe

yg terlintas difikiran setakat ni:

  1. www.komputergajet.com

Kelebihan dan Kekurangan LAN


LAN membolehkan pengguna mengkongsikan sumber komputer dan perisian. Sekiranya sesuatu sumber rosak, pengguna juga dapat mencapai sumber yang lain yang mungkin terdapat pada komputer lain dalam LAN tersebut. Tambahan, kebanyakan komponen dalam sesuatu LAN dapat diubah dan diperbaiki secara berasingan, memudahkan perubahan LAN tersebut.

Biasanya, kadar penghantaran data melalui LAN adalah lebih tinggi dan ralat yang dialami adalah rendah berbanding dengan sistem WAN. Data boleh disimpan pada komputer yang berlainan tetapi masih dapat dicapai secara pantas daripada mesin berlainan.

Namun, sistem komputer yang mempunyai fungsi LAN adalah lebih mahal berbanding dengan sistem berasingan. Pengurusan dan pemeliharaan sistem LAN juga memerlukan sumber manusia. Sistem yang dikongsi juga mestilah dapat menampung tahap kegunaan daripada berbilang pengguna pada LAN tersebut.

Contohnya, kabel yang digunakan mestilah dapat menampung kadar penghantaran data yang diperlukan, dan tempat storan mestilah mencukupi. Tambahan, OS dan perisian yang digunakan mestilah diperbaiki (upgraded) dari masa ke semasa untuk mengelakkan masalah keselamatan dan pepijat (bugs) yang wujud dalam perisian tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian kawasan tempatan.


Rangkaian luas setempat ataupun dikenali sebagai L.A.N sebenarnya adalah satu rangkaian perhubungan yang terhad kepada satu had kawasan, sebagai contoh dalam sebuah banggunan ataupun kilang. Satu LAN mampu menghubung dengan mikrokomputer, kerangka utama (main frame) dan juga dengan alat-alat peripheral seperti pemacu cakera dan pencetak ‘High-speed’ ataupun ‘High-quality’ . Komputer yang mempunyai hubungan dengan rangkaian ini berupaya bertukar-tukar maklumat diantara satu sama lain dan juga dapat berkongsi menggunakan alat-alat peripheral tadi.

Dahulu, semua maklumat perniagaan disimpan dalam dan diproses oleh satu komputer kerangka utama. Dengan kemajuan mikrokomputer, telah menjadi penting dalam menyediakan pelbagai jenis penggunaan mikrokomputer dengan hanya pada satu ekses terhadap data. Sebab kenapa diperlukan rangkaian (Network) :-

Kemungkinan syarikat tersebut mempunyai beberapa komputer PC diletakkan
pada tiap-tiap tingkat tetapi mempunyai hanya satu mesin pencetak sahaja.

Pengguna boleh berkongsi sumber-sumber yang mahal seperti pencetak dan

storan bersama-sama untuk mengelakkan kos penyalinan yang mahal.

Seorang pengguna tidak perlu berkerja dalam keadaan terpisah. Mereka boleh
mendapatkan data dan aturcara dari beberapa fail pusat atau sumber dalam penyediaan data atau menganalisa data.

Rangkaian juga membenarkan lebih seorang menggunakan sesuatu pakej

perisisan pada satu waktu.


nanti kita belajar tentang topilogi plak k

Terdapat tiga jenis topologi yang biasa digunakan oleh L.A.N :-

TOPOLOGI BAS

TOPOLOGI BINTANG

TOPOLOGI GELANG


Khamis, 5 Mei 2011

entry khas for my friends..


ShinHwa Shisha Now Open @ Avenue Bistro, Taman Dagang, Ampang.More than 15 flavour of ur choice. Open 9pm until late. :)

bleh pegi try!!


Ahad, 1 Mei 2011

PERBEZAAN IPAD DAN IPAD 2


KLIK PADA GAMBAR DIATAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...