Pengikut

Ahad, 18 Oktober 2009

Tips mengambil gambar ramai2

  • 1) pastikan anda ada tripod. tripod tu SANGAT penting untuk ambil group photo ni.kadang-kadang dalam keadaan low light, shutter tu kena diturunkan sehingga 1/40-50-60.kalau tangan korang seteguh besi waja ok la. tangan aku ni kadang-kadang ada sikit parkinson. ketaq jgk. tambah-tambah ada gadis comel ramai kat depan usha tepat mata aku tanpa kelip-kelip. gigil beb
  • 2) tripod juga berkesan untuk mengelakkan gambar jadi senget. kadang2 bila guna wide angle, distort akan terhasil. kena adjust betul2 bagi horizontal sama.contoh, kalau ambil gambar, kt background ada beam2 bangunan, beam tu akan ganggu horizontal. jadi, pastikan anda set betul2. nak adjust photoshop pun tak guna. bila adjust, gambar group tu akan berbaris elok dan tp beam tu akan senget ketempat lain pulak. tak percaya? sila cuba ye sahabat2. kalau xmau guna tripod jugak. pastikan bila dan set angle cun, jangan gerakkan walau seinci pn tangan anda. aku pakai d50 pn goyang..apatah lagi kamera gabak2 macam d300
  • 3) pastikan anda menggunakan apature kecil @ bernombor besar. contohnya 8/9/10. lagi besaq lagi baguih. gambar laaaagi clear. jangan gatai2 nak guna f2.8 ka, f1.8 ka. nanti gambar tak sharp apa nk jawab kat customer?'enche', ni dalam fotografi, orang panggil depth of field. depan sharp, blakang blur. baru seni enche'..' haha. cari mampoih nk kna blasah.. gila apa gambaq group main DOF. main bokeh boleh la DOF DOF ni.
  • 4) bila dalam keadaan low light, beranikan diri push ISO. smpai 400 pun takpa lagi. janji gambar cerah. bila gambar tu gelap, kita adjust level/curve kat photoshop, akan timbul bintik-bintik hitam dipanggil noise. tambah2 kalau orang tu pakai bju hitam. lagi beranak pinak noise tu keluar berbiji2. bila kita set ISO tinggi, memang akan ada noise, tapi kurang menonjol sebab kita tak perlu adjust pencahayaan gambar dah.
  • 5) sebaik2nya beli la 2studio lighting untuk backup bila buat group photo ni. Dalam dewan kadang2 memang cahaya tak mengizinkan. kadang2 plan nak shoot kt luar. tiba2 hujan. kna shoot bawah bumbung. kan dh kelam kabut nk cr lampu..So, standby.
  • 6) ok. Siap semua setting camera. Sekarang tempat ambil gambar pulak. Cari la tempat yang cantik untuk dijadikan background. Kalau dapat yang ada effect 3d lagi bagus. Elakkan dari pilih background yang berserabut. Ada tong sampah la, penyapu, kucing, ayam, kereta, makcik bawak bakul g pasar, ane jual surat khabar. Cuba elakkan ambil gambar di kawasan laluan orang ramai. Depa bukan nak beli gambar pun. Tak payah masukkan depa dalam gambar tu..buat semak ja.
  • 7) lupa pula. 1lagi. Kalau matahari terik atas kepala, sila gunakan lampu denyar untuk menerangi muka subjek. Kalau ada lampu lebih, buat CLS. Kiri kanan. Sebab keliling mata akan hitam macam org pakai ray ban . Sebahagian daripada muka yang perempuan akan terlindung degan tudung.. Suruh yang pakai tudung tu angkat sikit kepala.. dan suruh buat muka comel. Sebab bila panas, semua buat muka berkerut. Dah tak lawa dah
  • 8) bila nak susun orang tu, sila susun dengan teratur. Yang tinggi di tengah. Yang rendah di tepi. Buat elok2 ikut barisan. Kalau ramai, berdiri atas kerusi. Kalau tak muat, suruh depa bdiri rapat2 dan sengetkan badan ke dalam. Kira setiap org dalam barisan tu. Bagi centre betul2. Jangan kira nak cepat siap ja. Baru kemas. Sila jujur dalam berkarya
  • 9) nak susun pun ada cara jugak. Jangan main tuding-tuding ja. Hormat customer kita. Cakap elok2. ‘bang/adik/cik adik manis/, ganjak ke kiri sikit.’ Adik/abg, kalau senyum lagi lawa gambaq ni.’ Buatla lawak sikit. Baru depa nk senyum. Nnt muka masam ja bila ambik gambar. Kn dah tak cantik.. PR tu penting. Aku yang muka jahat ni buat lawak pn org gelak. Apatah lagi sahabat semua yang kacak2 dan comel2 blakee. Heh.. aku pernah nampak ada sorg tu ambik gambar group cikgu2, dia main tuding ja. ' awak p sana. awak tukar dengan org sebelah awak..' AWAK?? cikgu2 tu sebaya ayah dia ja dia panggil awak2.. kurang sopan btl
  • 10) bagitau berapa keping kita nk shoot. 3keping ka.4keping ka Bagitau jangan pejam mata bila kita shoot tu.. Biar depa sedia. Kira kuat2 1,2,3. . lepas shoot tu, sila tengok gambar. Perhatikan secara rawak mungkin ada yang terpejam. Ingatkan customer banyak kali pn tak pa. jangan pejam, jangan pejam, jangan pejam. Bayangkan hati customer yang hancur luluh bila beli gambar dia, pastu tengok2 gambar dia pejam mata.. walaupun benda tu kita anggap kecil, tapi perkara besar untuk customer kita. Salah satu kelebihan shoot 3-4keping adalah bila ada yang terpejam, gambar yang lain, mungkin dia buka mata.

thanks shah www.mohdshahizal.com

3 ulasan:

Unknown berkata...

Spelling title salah. "Menggambir'? Lain mcm jer bunyi kekekkee

Ch3NtA_LiF3 berkata...

ok ler tu gambir...wakakaka (^_^)

Faz Fazrin berkata...

apa gambir2, haaaaaaaaaaa

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE