Google+ Followers

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE

Rabu, 27 Jun 2012

My new gadget nikon p310

Campact kamera kecil.ringan.yg ada fungsi macam dlsr.menarikkan.sesuai utk org yg malas angkut dlsr.hehehe...





COOLPIX P310 Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. COOLPIX P310 ialah model kamera digital keluaran Nikon yang diperkenalkan pada 31 Januari 2012, bagi menangani keadaan cahaya suram dengan penderia CMOS Cahaya Belakang ("Backside Illuminated-BSI") 16.1-megapixel yang maju bersama bukaan aperture maksima f/1.8, dan kanta kaca NIKKOR. Untuk meningkatkan lagi kualiti gambar dan menangani cabaran keadaan cahaya malap, kamera COOLPIX P510 memasukkan penderia 16.1-megapiksel BSI CMOS yang maju. Menggunakan prestasi pengambaran berterusan kelajuan tinggi (menangkap lima gambar pada resolusi penuh sesaat) pada penderia CMOS dan fokus automatik (AF), COOLPIX P510 memudahkan mengambil gambar walaupun secara seimbas lalu. [sunting]Kanta Teras pada keupayaan zum optik 42x COOLPIX P510 yang mengkagumkan yang membawa aksi subjek hampir dengan jurugambar dari lebar 24mm hingga julat fokus 1,000mm adalah kanta kaca NIKKOR. Kanta kaca NIKKOR memberikan perincian tepat dan gambar jelas yang menakjubkan. Ciri ini dicapai melalui penggunaan enjin pemproses data gambar digital berpr4stasi tinggi Nikon's EXPEED C2™ yang dimuatkan secara khusus pada model COOLPIX P510 bagi memastikan gambar dan video berkualiti tinggi. Kamera COOLPIX P310 mencapai kualiti gambar lebih baik dalam persekitaran cahaya suram dengan bantuan gabungan penderia 16.1-megapiksel BSI CMOS , julat ISO sehingga 3200 (setara Hi1 6400) dan aperture pantas, dan kanta sudut lebar f/1.8. Selanjutnya COOLPIX P310 menangani gambar kabur dengan menggunakan penstabil imej VR optik maju yang menjadikan mengambil gambar dalam cahaya suram satu perkara yang mudah dengan beberapa mod dimasukkan termasuk mod Potret Malam Maju (Advanced Night Portrait), mod Latar Malam dan mod Cahaya belakang/Julat Dinamik Tinggi. Mod Potret Malam Maju menggabungkan jujukan gambar latar ketika subjek diambil gambar menggunakan flash, sementara mod Latar Malam menggabungkan siri turutan gambar yang diambil pada kelajuan shutter pantas kepada satu gambar bagi mengurangkan herotan. Mod Cahaya belakang HDR menggabungkan gambar pemandangan yang sama pada dedahan berbeza bagi mencapai satu gambar tunggal dengan julat perincian tone yang luas. COOLPIX P310 direka sebagai teman jurugambar serius dan dilengkapi dengan beberapa ciri yang terdapat pada kamera D-SLR termasuk kawalan dedahan insani (P/S/A/M) dan fungsi Ingatan Zum baru yang membolehkan pilihan panjang fokual utama popular semasa penggambaran. Roda kawalan di atas yang mudah dicapai menawarkan penyesuaian kelajuan shutter, aperture dan tatarajah lain bagi mencapai rupa yang diingini. Kamera COOLPIX P310 turut menawarkan kreativiti tambahan melalui kesan khas dan kesan penapis yang boleh ditambah kepada gambar dalam kamera bagi sentuhan artistik pantas. Skrin 3 inci dengan resolusi tinggi (921,000-dot) memudahkan gubahan mudah, melihat dan tayang kembali. Selain gambar, COOLPIX P310 turut menawarkan keupayaan multimedia dengan keupayaan video yang hebat. Ia memiliki keupayaan merakam video HD Penuh (1080p) pada 30 bingkai sesaat ("frames-per-second-fps") dengan Fokus Automatik AF, bunyi stereo dan kegunaan zum optik ketika merakam, COOLPIX P310 turut membenarkan pengguna menyunting video dalam kamera bagi pengalaman penerbit filem yang berterusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...