”Kawan-kawan yang saya kasihi sekalian, e-book ini adalah 100% PERCUMA!”
E-book ”33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi” ini saya hasilkan khusus untuk rakan-rakan yang meminati fotografi. Terutamanya kepada yang masih baru dan kurang faham tentang asas fotografi. Kepada yang dah lama pun boleh muat turun, untuk ‘recall’ kenangan mula-mula belajar fotografi dulu . Seronok jika diingatkan kembali.
Tidak kira anda menggunakan DSLR atau kamera kecil (point and shot) e-book ini sesuai untuk anda.
MENGAPA?
- E-book ini mudah difahami bagi rakan-rakan yang tidak mempunyai asas dalam fotografi.
- E-book ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri belajar fotografi dari ‘zero’.
- Ringkas dan bahasa yang saya gunakan tidak terlalu teknikal. Abang dan kakak, pakcik dan makcik pun mudah faham
- Gambar contoh juga disertakan bagi memudahkan kefahaman pembaca.
- E-book ini 100% PERCUMA!
Ada pula yang bertanya, mengapa ianya saya berikan secara percuma? Jawapan saya: ”Saya juga mahu rakan-rakan saya pandai merakam gambar yang cantik-cantik”. Kalau saya simpan, duduk diam-diam saya seorang saja yang amalkan ilmu ni. Tak best kan?
Jadi saya kongsikan dengan anda semua dan anda pula kongsikan dengan rakan-rakan yang lain dan rakan-rakan yang lain kongsikan dengan rakan-rakan mereka, cuba anda bayangkan berapa ramai rakan-rakan lain yang akan dapat ilmu ini? Mungkin beratus ribu orang dan seterusnya berjuta-juta orang. …Tiada yang mustahil pun.
Rakan-rakan hanya perlu memuat turun e-book ini dengan memasukkan nama dan email di dalam kotak sebelah kanan blog ini. Secara automatik komputer anda akan memuat turun e-book ini.
Rakan-rakan yang belum memuat turun, boleh juga CLICK pada poster ‘pokok’ di bawah ini:
Rakan-rakan boleh tolong sebarkan e-book ini dan jika anda ada blog, boleh link kan ke dalam blog anda. Tiada masalah.
Yang paling penting, rakan-rakan perlu baca dan amalkan! Ya, ilmu mesti diamalkan. Baru boleh jalan.
Kepada rakan-rakan yang dah men ‘download’ dan membaca e-book ini, bolehlah tinggalkan komen anda untuk dikongsikan bersama yang lain.
Ok. Selamat berhari minggu ya. Saya nak masak dah nak masuk tengah hari.
1,2,3…GO!!!