Pengikut

Jumaat, 20 Februari 2009

PETUA PENJAGAAN KOMPUTER

Petua menjaga komputer supaya tahan lama.

• Jangan makan dan minum sambil mengadap komputer.Minuman yang tertumpah ke atas keyboard atau terkena disket atau masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.Selain itu ianya juga menarik perhatian lipas dan tikus.

• Tempatkan komputer anda di tempat yang teguh dan tetap @ tidak bergoyang.

• Jauhkan/elakkan dari sinaran sang suria (bukan Dang Suria).

• Elakkan dari benda-benda yang bermagnet atau yang menghasilkan magnet seperti talipon,pembesar suara dan yang berkaitan.

• Habuk juga musuh komputer anda.Habuk yang halus yang masuk ke papan litar komputer menyebabkan litar pintas atau memendekkan hayat komputer.Habuk juga boleh memasuki disket,laser cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.

• Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi.Ingatlah,merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.

• Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani.

• Jika anda tau mengenai elektrik dan elektronik anda bolehlah tambahkan blowing fan dalam komputer untuk menyejukkan isi perut komputer anda.Kipas taruk kat dalam bukan di luar.Jangan lupa pakai wrist-strap.

• Jangan gunakan komputer masa ada petir dan kilat.Kilat ialah satu bentuk tenaga elektrik statik yang berkuasa tinggi.[ Kecuali kalau nak tukar motherboard baru,modem baru,monitor baru,power supply baru,scanner baru,printer baru ...Itupun kalau komputer baru dan masih dalam jaminan !!! ]

• Cabut palam dari soket TNB dan telefon masa ada kilat dan petir.

• Gunakan AVR - Automatic Voltage Regulator atau penstabil voltage.Bekalan electrik dari TNB bukannya tetap 230 v AC.Ada ketikanya terkurang atau terlebih voltage.

• Jika ada duit lebih anda digalakkan membeli UPS.Insuran bagi data anda bila berlaku black-out.


Komputer "rosak"

Istilah "rosak" selalu digunakan oleh orang yang tak berapa tau mengenai komputer.Mereka takut dan sayang nak gunakan komputer kerana harganya yang mahal.Sebenarnya komputer bukannya rosak cuma programnya sahaja yang hilang atau rosak. Err melainkan kena petir atau TNB over voltage.

Dalam kebanyakkan kes anda hanya perlu reinstall windows dan komputer anda Insya allah akan berfungsi seperti sedia kala. Tak kiralah samada legacy windows,win95 atau win xp, vista (New Technology).

Sebab-sebab data hilang.

• Virus
Boot dengan virus emergency boot disk.Pastikan disket itu write protect.
• File untuk load windows hilang atau rosak
Sebabnya antara lain adalah kerana adik-adik atau orang yang baru guna komputer godeh sana godeh sini delete sana delete sini.
Scan dulu dengan disket anti virus.Kalau ok reinstall windows.
• Kena petir.
Hantar komputer ke kedai
Panggil teknisyen komputer ke rumah.
• CMOS data corrup
Buka balik buku manual motherboard.Kalau hilang pandai-pandai sendiri ler..
Pergi ke CMOS setup.
Betulkan CMOS jam, floppy drive,HDD (Tekan enter kalau tak tau setting) , cd rom.
Coba gunakan "load high performance setting".

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus sungguh info ko faz2..tq for sharing
p/s tambah2 la lagi ...biar bnyak ilmu aku dapt blajar ( mie_mz )

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE