Aku merupakan seorang pelanggan Maxis Broadband yang subscribe Power Package. Package aku didatangkan dengan USB modem Huawei e220. Setelah sebulan menggunakan Maxis Broadband, aku ingin mengulas serba sedikit tentang pro dan kontra nya. Boleh juga baca entri aku semasa mula-mula aku subscribe Maxis Broadband di sini.
Secara overall, aku boleh katakan yang aku berpuas hati dengan khidmat Maxis Broadband ni. Speed yang aku dapat, boleh dikatakan laju. Mungkin sebab aku duduk dan bekerja di kawasan yang coverage 3G nya bagus. Cuma aku agak sedikit tidak berpuas hati bila nak mendownload menggunakan khidmat rapidshare.
Apa yang korang kena maklum adalah, rapidshare (akaun percuma) tidak membenarkan users menggunakan sebarang “Download Manager” semasa mendownload. Masalah yang akan dihadapi oleh pengguna Maxis Broadband adalah, signal kadang-kadang akan jatuh, dan bertukar antara UMTS ke HSDPA. Ini normal.
Tapi, bila perkara ini berlaku semasa korang tengah download guna Rapidshare, proses download korang tu akan terganggu. Korang pula tak boleh nak resume download itu. Maka, berlakulah kes download dah 60%, sekali line bertukar, dan tak boleh nak sambung download. Shitty gila situasi itu. Lebih menyakitkan hati, adalah bila download dah 88%, time tu jugaklah connection line nak bertukar dari HSDPA ke UMTS. Sial.
Maka sebab itulah, aku tidak boleh mendownload full album yang linknya terletak di Rapidshare. Kerana aku tahu, aku tak akan berjaya download sampai habis. Aku lebih prefer menyelam di Google untuk cari link-link di free hosting yang membernarkan user download pakai Download Manager.
Satu lagi masalah Maxis Broadband yang aku nak highlight di sini adalah tentang DNS settingnya. Kadang-kadang, bila kita tgh surf (signal cun gila) tiba-tiba je kuar error kata page tu tak boleh diload. Masalah ni korang boleh detect bila masa loading page tu, browser macam kejung sekejap. Then bila korang refresh, dia kuar error tuh.
Setelah aku google, aku dapati solution yang paling mudah untuk setel masalah ni adalah korang set kan DNS setting tu macam dalam gambar di bawah nih. Ini adalah nombor DNS daripada OPEN DNS. Korang leh dapatkan lebih info tentang OPEN DNS dari web diaorang.
Setelah set DNS tu, aku dapat load website dengan lebih laju (sikitlah) dan problem xleh load page kurang. OPEN DNS bukan sahaja untuk Maxis Broadband ni, dia boleh di set untuk semua jenis connection. Set la PC atau router rumah korang, dan aku gerenti korang boleh rasa perbezaan speed sesuatu page tu load.
Itu saja buat masa ini. Selain daripada dua problems yang aku cerita di atas, aku belum encounter apa-apa lagi yang membuatkan aku tidak berpuas hati dengan Maxis Broadband ni. Sekian.
credit--->> http://blog.mosesmouse.com
3 ulasan:
aku pun pengguna broadband maxis.tpi model yg B932 yg guna power supply tu..sbb jenis USB ni mmg tak stabil..bukan pasal network tpi USB tu sdiri..bila dia panas dia jadi lembab..Dengan gunakan jenis B932 ia nya boleh disetkan pd WCDA only dan kita akan dpt sambugan yg stabil...yg terbaru dr Maxis jenis plug and play direct ke USB port..yg ni dia jenis HSDPA dan HSUPA sekali maknanya laju utk terima dan hantar..cuma pakej yg maxis ada bukan unlimited..
Salam bro,
nak tanya skit, cam mana kalu aku nak unlock huawei b932 ni nak test pakai ngan celcom lak.
dah google pun x jumpa lg firamware asal dia..
salam .. sama juga, saya pun masih tercari2 jalan nak meng 'unlock' kan modem jenis B932 ni. Nak tru channel lain pulak.. b-1-r-u@att.net
Catat Ulasan