Pengikut

Rabu, 25 November 2009

Kenapa aku kata Maxis lagi bagus dari Celcom.. luahan pengguna.

Setelah 1 tahun menggunakan line maxis, dan setahun menggunakan line celcom.
serta menggunakan broadband ke dua2 telco ini.. inilah kesimpulan yang dapat aku buat...
jangan marah kalau tak puas hati, ini sekadar pandangan aku, aku tak menyokong sesiapa, aku hanya menyokong pemberi servis terbaik sahaja. hope lepas ni, mereka akan tingkatkan servis mereka. aku tak sentuh langsung pasal DIGI, bukan sebab tak bagus, tapi memang aku tak pernah pakai DIGI.

Signal:
  • Kedua duanya sama, lebih kurang je kawasannya, kat rumah aku, dua2 tak clear, maybe share site.
  • Simcard celcom lambat dapat line, semasa start-up handphone.
  • Celcom selalu down, satu malaysia pulak tu! dah la tu, asyik line busy je
  • Sejak tukar simcard celcom, aku rasa lembab dapat signal GPS, apa kena mengena.. aku pun tak tahu...

Broadband:
  • Ramai orang kata celcom laju..tapi celcom ni byk block, contohnya bila masuk conference dalam yahoo messenger, tak boleh guna voice. begitu juga dengan sesetengah website tak dapat masuk sepenuhnya. Sedangkan ketika aku menggunakan maxis, perkara begini tak pernah terjadi.
  • Ketika menggunakan maxis, aku pernah download sehingga 200kbyte/s, walaupun hanya pada waktu malam, tapi celcom belum pernah selaju itu!.
Kemudahan:
  • Celcom Online Update lambat bil. susah la nak berurusan secara online!!
  • WEbsite celcom macam website tak update!,hohoho sapa la yg buat...
  • Check bill pun kadang2 tak dapat.
  • Tiada servis yang kita boleh tukar secara online.
  • Nak minta setting untuk 3g pun susah, cari kat online takda, kena call customer servis!!, yang ada pun untuk model lama2, lepas tu kena setting sendiri pulak tu, kalau guna maxis, boleh terus je minta setting kat online.
  • Aku pernah bayar celcom secara online, 2 minggu check, baru bayaran aku tu masuk, buat org risau je.
  • celcom ni kalau line kena bar cepat je dia potong, tapi bila dah bayar, lambat pula nak aktif kan balik.
  • aku menyampah pegi kedai celcom, Depan kedai dia, penuh promoter duk promote broadband, nak bayar bil pun susah! suka nak main kejar2!!
  • aku rasa, bila bil maxis dengan celcom sampai, maxis lebih senang faham nak tengok, aku pening tgk bil celcom aku, ntah apa2 yang dia tulis, serabut jiwa dan raga.
Harga:
  • Celcom lebih mahal dari maxis!! walau pun nampak murah!
  • Bil aku mencecah 200 bila guna celcom, sedangkan sebelum ini hanya 100 sebulan ketika menggunakan maxis! menggunakan package yang sama!!
  • walaupun celcom supplement wajib bayar cuma rm5 sedangkan maxis rm30, tapi celcom still lebih mahal bila sampai bil bulanan!
huhu still pakai celcom, company suruh guna celcom....kerna terpaksa..

15 ulasan:

Ariyon berkata...

post nie wujud tentu pasal line celcom problem dlm 2 ke 3 hari nie kan..kan...hahaha.Kita pun berbulu jugak, tak bgtau..tetiba line hampeh.Kita dah guna celcom lebih dari 5 tahun..Maxis n DIGI tak penah.Ada fakta yg betul..ada yg tak..hihihi...bab potong line mmg laju walaupun kredit limit blum sampai..bila nk on line balik, mmg lembab..tak update langsung..Bab celcom 'berukband'..dah lama putuskan..mmg slow..pendek kata sume 'berukband' slow..promo jer lebih..selesa dgn streamyx jer..anyway,kita still pakai celcom..maybe tgh upgrade line kot (jawapan standard)..nk upgrade sampai 4G ke..hahaha

Norfadhlina Radzi berkata...

setuju dan semua kenyataan diatas memang betul..
Bole x kemukakan ni kt Celom Careline? Biar dorg tau ckit..
Memamg terlalu mengong sampai kdg2 emergency call pon line still bz...dorg bt keje or dorg menggunakan sytem robot yg wayar nye putus 1..Memang bill celcom susah nk baca..terlalu byk bnd mengarut!!skng bill aku kena block..RM24.50..Cdt limit RM100...Wat da ****..Bill mane 1 betol pon tatau..memang sewelll....jom pakat2 tukarrr

Razali Aripin berkata...

Maxis meluncur laju... celcom tergedik2

Razali Aripin berkata...

Try buat billing complaint n u will knw it how sucks it is the Customer Service

Nurzalia Zabiri berkata...

can i add?? i have experience using DG, Celcom and Maxis.. all post paid.. and DG and Celcoms sucks.. yerps.. celcom broadband also.. very the slow.. and bill??? celcom is actualy got so many hidden cost.. i end up paying more... so u know what.. i switched back to MAXIS.. on top of that??? DG is the worst...
2 hours ago · Delete

Norhayati Kamaruddin berkata...

tp broadband celcom teruk gilerrrrrrrrrrrrr.....

Unknown berkata...

Celcom beruk band mmg lembab mmg TAK berbaloi dgn bil yg mahal.aku guna streamyx je..

awei81 berkata...

ntahla. kata 384 kbps untuk 68. tp kat kawasan 3g pon tak penah lebih 50 kbps. musykil. nak guna maxis, kawasan kawan maxis lagi hampeh

kuA berkata...

yes..gune lah maxis or hotlink..
line susah nak down..
pastu setting telefon senang dpt dr celcom..

Faz Fazrin berkata...

BETUL2

Faz Fazrin berkata...

bukan pasal celcom down, tapi sebab2 di atas, lagi satu, celcom selalu bila nak call out, line busy,huh!

Noraselin Samsuri berkata...

dulu kai celcom, pastu his, celcom ni... bosan ar... banyak cikadak

azka berkata...

aku heran apasal celcom sekarang ni tak bole layan radio online cam era, hitz atau thr gegar, ke diorang dah block radio online

Aus MeLankoLik berkata...

lol , yeke .
aku pakai maxis value plus , sbln rm 80 . line sme ok la . aku mmg xde komplen ape2 sal maxis . but aku guna kdg2 dalam sbln tak samapai rm80 .
Ingat nak tukar celcom sbb sub line die kena rm 5 je .

Tapi buat2 survey sme cm komplen je , cuk gak ni .

Faz Fazrin berkata...

skrg xtau tahu la camne pasal perkhitmatan dia org,hehe

but..beruk2 celcom still ade,hehe

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE