Pengikut

Isnin, 29 Mac 2010

Masalah Bad Sector

Saya ingin meminta maklumat dari saudara/saudari mengenai pc saya yg bermasalah.sekarang ni bila saya log on pc ni,dia akan keluar message run diskscan sebab sblm ni pc ni tidak di shut down properly.Bila run diskscan,ada message keluar mengatakan ada bad clusters.Saya nak tahu adakah ini menunjukkan hard disk dah crash.Kalau begitu apa yg perlu saya lakukan samada kena tukar harddisk atau tukar component yg tertentu saja. pandangan saudara/saudari amatlah diharapkan sebab saya kurang pengetahuan tentang hardware/software ni.

Komputer kita menyimpan data di hard drive dalam unit yang di panggil clusters. Setiap clusters mengandungi sekurang-kurangnya 4kb data. Kita boleh anggap hard disk kita macam sebuah peti sejuk (freezer) yang dipenuhi dulang ais kiub (ice cube trays). Ice cube trays tu adalah clusters dan ice cube adalah sektor yang memenuhi setiap clusters.
Scan disk memeriksa errors dalam clusters. Kalau ia jumpa walaupun hanya satu bad sector dalam satu cluster – ia akan menandakan keseluruhan cluster sebagai bad (tidak boleh digunakan). Kita tak boleh baca atau simpan apa-apa data pada bad clusters.

Ada 2 jenis cluster errors:

1. soft errors
Berlaku bila signal magnetik hard disk lemah atau jika formatnya lari dan kita tak boleh baca atau simpan data pada area itu. Kita boleh baiki dengan reformat hard disk.

2. hard errors
Adalah kerosakan fizikal pada hard disk (tercalar atau terhentak) – tak ada cara untuk baikinya – kena tukar hard disk lain.
Kalau hard disk kita ada banyak sangat (beribu) bad clusters – maknanya sebahagian besar hard disk kita tidak boleh dipakai.
Kita boleh lakukan pemeriksaan (diagnostic) dan pembetulan hard disk dengan gunakan program samada:

1. Partition Magic – www.powerquest.com
2. SpinRite – www.grc.com
3. macam2 lagi

Kalau komputer kita masih lagi dalam waranti – hantar komputer kita kepada mereka yang berkenaan untuk di periksa.
Semoga bermanafaat.

1 ulasan:

Hasma berkata...

Salam..saya nak tambah ckit. Saya kalau ada bad sector pd hd, selalu soft yg saya gunakan ialah Partition Table Doctor. Ia akan betulkan balik hd yg ada bad sector.

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE