Kebaikan akhbar dalam internet:
1. Ia dapat dibaca oleh pengguna internet seluruh dunia seperti pelajar M'sia dapat mengetahui perkembangan M'sia melalui internet.
2. Tak perlu membeli akhbar.
Rujukan maklumat
Bermacam-macam maklumat anda boleh dapati melalui internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang anda akan berjumpa maklumat yang anda sendiri tak pernah fikirkan. Malah anda boleh membaca suratkhabar menerusi internet. Sekalipun anda sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini anda masih ada peluang membacanya menggunakan internet. Mudah, bukan?
Transaksi atau pemindahan
Transaksi atau pemindahan. Bagi yang sangat berminat dengan pasaran saham, internet boleh dijadikan satu alternatif untuk membuat transaksi. Anda juga boleh menempah tiket perjalanan kapal terbang ataupun menjalankan transaksi sistem perbankan serta membeli-belah melalui internet. Anda boleh menggunakan kad kredit bagi tujuan ini tanpa perlu bersusah payah ke mana-mana dan yang penting juga anda boleh melakukan di mana-mana sahaja kawasan yang mempunyai talian telefon. Hebat, bukan?
Berkomunikasi
Berjuta-juta manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan mel elektronik (emel) untuk berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Dan, ada pula yang menggunakan bilik sembang (chat) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Anda juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang anda minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Menarik, bukan?
Belajar
Salah satu alat bantuan dalam pembelajaran anda. Anda boleh mencari apa-apa maklumat penting untuk menyiapkan tugasan anda –sama ada anda pelajar sekolah, penuntut kolej dan universiti ataupun anda sudahpun bekerja. Maklumat serta data yang disediakan dalam internet kebanyakannya adalah yang terkini. Jadi, bukankah ini satu keistimewaan yang patut anda gunakan
Keistimewaan Internet Kepada Kanak-Kanak
|
Ancaman Internet Kapada Anak-Anak
- Laman-laman yang berunsur seks dan memaparkan gambar-gambar lucah
- Maklumat-maklumat palsu
- Laman-laman yang bersifat memujuk dan mempengaruhi melakukan jenayah
- Mengadakan pertemuan dengan orang yang tidak dikenali
- Memberi respon pada mesej-mesej yang mengancam, mengugut dan sebagainya
- Mendedahkan nombor kredit kad ibu bapa
- Memberikan data peribadi kepada orang yang tidak dikenali
Apabila Internet disalahgunakan
SALAH guna terhadap Internet walaupun belum sampai ke tahap membimbangkan, perlu diberikan perhatian serius. Kini, seolah-olah sudah wujud satu rangka rujuk dalam masyarakat kita bahawa dengan melayari multimedia itu, pelbagai perkara yang kononnya cuba disembunyikan, dapat diketahui ramai. Internet menjadi medan untuk memburukkan siapa saja yang tidak disukai sama ada pemimpin, tokoh terkemuka, ahli korporat, mahu pun orang perseorangan.
Menerusi penghantaran e-mail dan laman web yang dicipta sendiri oleh pengguna, pelbagai cacian dan tohmahan disebarkan. Penghantarnya boleh menggunakan nama samaran manakala daripada mana sumber itu dihantar sukar dikesan. Internet yang diterima di seluruh dunia kini menggantikan surat layang yang penyebarannya sebelum ini agak terhad.
Artis kita juga ditelanjangi menerusi Internet. Tahun lalu, beberapa halaman web lucah ciptaan rakyat Malaysia dikesan memaparkan gambar bogel dan seksi artis tempatan. Gambar itu menggunakan muka artis tempatan yang disambung kepada tubuh bogel orang lain menggunakan teknik superimpose (bertindih). Terbaru, gambar lucah dan hubungan seks dua penyanyi dua kumpulan yang begitu popular tersebar luas.
Sebagai rakyat yang kuat mempertahankan nilai ketimuran, sememangnya kita kecewa tindakan mereka yang memperalatkan Internet untuk melakukan perbuatan itu bagi menjatuhkan imej seseorang. Jelas, semua itu dibuat oleh mereka yang memang berniat jahat. Ia mencerminkan betapa rendahnya maruah dan moral mereka yang menyebar tohmahan itu. Golongan itu melihat teknokogi multimedia bukan lagi untuk kebaikan sejagat sebaliknya bagi memuaskan hati dan nafsu mereka sendiri.
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kelmarin turut melahirkan rasa kecewa sesetengah golongan rakyat yang tidak memanfaatkan kebaikan Internet. Tindakan mereka itu akan menggambarkan rakyat Malaysia hanya tahu menggunakan sesuatu teknologi baru untuk tujuan yang buruk saja.
Kerajaan sememang tidak bertolak-ansur menangani gejala ini. Malah kerajaan dan pemimpin kita juga tidak terlepas dicaci dan difitnah menerusi Internet. Umum mengetahui ada segelintir rakyat kita di luar negara yang menyalahgunakannya bagi menyalurkan berita palsu mengenai kerajaan bagi tujuan menghasut. Mereka juga menggunakan pelbagai teknik memadankan wajah tokoh atau pemimpin tertentu dengan gambar yang boleh menjatuhkan imej seseorang.
Kita berharap dengan ada kes yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita yang boleh menjejas ketenteraman negara menerusi Internet, akan menyedarkan ramai pihak mengapa perbuatan itu perlu dibanteras. Penggubalan Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1997 menunjukkan kepekaan kerajaan untuk menyekat kegiatan tidak bermoral itu terus mempengaruhi rakyat yang hanya memerlukan maklumat membina untuk memajukan negara.
Di sebalik pelbagai kesan negatif menerusi Internet yang terpaksa dirasai rakyat, kita wajar menolak sepenuhnya teknologi itu kerana ia adalah satu jaringan maklumat bersifat global. Dengan sistem canggih yang digunakan, usaha menghalang semua elemen negatif di Internet daripada sampai kepada rakyat adalah sesuatu yang hampir mustahil. Internet harus dilihat mampu membawa bersamanya kebaikan walaupun ada keburukan yang tidak sesuai dengan norma hidup masyarakat Timur dan Islam. Maklumat yang tidak diingini seperti berita palsu dan kenyataan fitnah dan hasutan juga datang bersama-samanya.
Di negara yang maju seperti Amerika sekalipun, kandungan keterlaluan dalam Internet mendapat bantahan ramai pihak. Lantaran itu, perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku. Sementara mereka yang menyokong pula tetap mempertahankan prinsip penyaluran maklumat secara bebas sejajar dengan dasar langit terbuka. Kemasukan Internet ke negara ini diperlukan untuk kita mampu bersaing dengan dunia luar. Cuma kekuatan diri sendiri saja senjata paling ampuh menentang pelbagai kesan negatifnya. Selain tindakan pihak berkuasa, pengguna sendiri tidak seharusnya terikut-ikut budaya Barat yang menggunakan media itu sekadar pelarian sementara daripada kebosanan hidup, bersifat materialistik dan menganggap kebebasan yang tidak ada batasnya. Dalam meluncur di ruang siber, pengguna tidak boleh membuta-tuli menerima perkara negatif apatah lagi membantu menyebarnya secara meluas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan