Terdapat 2 jenis bahsa pengatucaraan iaitu Bahasa Pengatucaraan Khas (Special-purpose programming language) dan Bahasa Pengatucaraan Am.(General- purpose programming language). Bahasa pengatucaraan khas direka khas untuk penggunaan tertentu, misalnya SQL (Structured Query Language) di reka khas untuk pengkalan data. Bagi bahasa pengatucaraan am, digunakan untuk mendapatkan penyelesaian bagi berbagai maslah seharian.
Bahasa pengatucaraan Am boleh di bahagikan kepada 3 kelas.
- Bahasa Mesin
- Bahasa Penghimpun
- Bahasa Peringkat Tinggi.
Bahasa mesin adalah bahasa asli komputer. Satu program yang ditulis dalam bahasa mesin tidak perlu dialih bahasakan dan boleh terus dilaksanakan. Ini disebabkan bahasa mesin mengandungi arahan-arahan yang telah sedia difahami oleh komputer. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan mengenai bahasa mesin antaranya,
- arahan-arahannya sukar dipelajari dan cryptic walaupun pengaturcara yang profesional.
- memrlukan terlalu banyak arahan untuk menyelesaikan satu masalah yang mudah.Biasanya aturcara berkhir dengan satu aturcara yang panjang.
- Bahasa mesin adalah machine-dependant. Ia bergantung kepada penjenisan komputer.
- Oleh kerana tiada satu bahasa yang piawai , program yang ditulis pada satu jenis komputer tidak boleh dilaksanakan pada komputer yang lain.
Bahasa penghimpun adalah lebih baik daripada bahasa mesin. Arahan-arahannya mengandungi lebih kurang seperti bahasa Inggeris. Walau bagaimanpun bahasa penghimpun tidak boleh diproses secara terus . Kita perlu gunakan penterjemah bahasa yang dipanggil assembler.sembler akan menukarkan bahasa penghimpun kepada kod mesin dan kemudian dilaksanakan . Bahasa penghimpunan ini juga terdapat beberapa kelamahan , antaranya,
- secara amnya, satu arahan bahasa penghimpun hanya untuk satu arahan dalam bahasa mesin. Akibatnya aturcara yang sebenar adalah panjang.
- Setiap komputer mempunyai bahasa penghimpun tersendiri. Bagi setiap jenis komputer yang baru, kita perlu belajar bahasa yang lain pula.
- Oleh kerana berbagai variasi dalam bahasa penghimpun, ianya tidak mudah alih.
Bagi mengelakkan kelemahan dalam bahasa mesin dan penghimpun , bahasa peringkat tinggi dikembangkan. dalam bahasa peringkat tinggi arahan-arahan hampir sama dengan bahasa Inggeris dan dengan hanya menulis satu arahan sahaja boleh mewakilikan berbagai arahan pada aras bahasa mesin. Bahasa ini adalah lebih mudah dipelajari . Walau bagaimanapun bahasa peringkat tinggi perlu juga dialih bahasa kepda bahasa mesin sebelum dapat dilaksanakan. Untuk ini digunakan kompiler, satu sistem software yang dapat menukarkan program sumber(source program) kepada pelakasanaan program objek
Kebanyakkan bahsa peringkat tinggi telah dipiawaikan , oleh itu ianya adalah mudah ubah. Antaranya yang masih digunakan sehingga kini ialah;
- FORTRAN (Formula translation) , sesuai untuk penggunaan peringkat saintifik dan kejuruteraan.
- COBOL(Common Buisness Oriented Language) sesuai peringkat penggunaan dalam perniagaan
- BASIC (Beginners All-purpose Symbolic Instruction Code). Bahasa ini dikembangkan untuk memudahkan para pelajar menggunakannya.
- Pascal, bahasa peringkat tinggi berstruktur dan sesuai digunakan oleh ahli-ahli akedamik .
- C dan C++, satu bahasa yang dianggap sukar tetapi dapat menyelesaiakan banyak masalah yang rumit dalam pengatucaraab. Buat masa ini bahasa C dan C++ merupakan bahasa yang popular di senua peringkat.
7 ulasan:
bla bla bla.... mengingatkan aku pada algorithm class je... algorithm of OS... arghhh
ni la aku belajar kat poli dulu, hahaha masuk keje haram tak pakai pun
Weh bob, hg copy nota hat cik Azri bagi ka? wakakaka...
hahaa, bagus ang noh ingat lagi lecture yg ajar kita
adeii..ulang subjek ke ni?
baik cikgu... kita akan ingat..
wakakaka
ini asas programmer, saya tak tau..hahaa
huargghhh... blaja ni penat2... masuk keja pakai GUI ja... adeh... kehampehan...
Catat Ulasan