Pengikut

Jumaat, 15 April 2011

Perbezaan antivirus percuma dan berbayar

Ramai yang masih tidak ketahui namun sebenarnya terdapat banyak antivirus yang ditawarkan percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan lesennya.

Ramai tertanya-tanya apakah kebaikan menggunakan versi yang percuma dari berbayar ? Dan ada pula yang beranggapan versi percuma tidak bagus langsung. Tanggapan itu sebenarnya salah kerana enjin ataupun sistem antivirus mereka adalah sama tiada perbezaan dari yang percuma mahupun berbayar. Perbezaan yang ketara adalah dari segi ‘protection’ / keselamatan yang disediakan. Selalunya yang berbayar mempunyai semua ciri seperti tersedia antispyware dan firewall.

Langkah menyediakan antivirus percuma ini merupakan strategi pemasaran mereka agar kita membeli yang berbayar kerana selalunya semua ciri tersedia dan server untuk kemaskini (update) adalah lebih cepat. Malahan ada pula antivirus ini mengumpul virus-virus baru dari versi free mereka agar pengguna yang berbayar dapat mengesan virus itu. Fikir-fikirkan ..

Sebenarnya sesuatu antivirus itu tidak dapat dinilai terbaik untuk satu jangka waktu. Dimana ada kalanya ia tidak dapat mengesan sesuatu virus. Untuk memastikan keberkesanannya sekiranya fail virus dapat dikesan, tindakan yang perlu diambil adalah dengan melapor dan menghantar virus itu kepada website antivirus itu sendiri.

Dengan kaedah menghantar virus baru kepada syarikat antivirus anda telah membantu pengguna lain di dunia yang belum terkena virus itu.

rujukan dari : http://itinfo.uthm.edu.my/arkib/antivirus-percuma

faz: aku sendiri pun tak pakai yang berbayar, tapi bagi org yg tak tahu apa itu virus,dan takde masa nak amik tahu, pakai je yang berbayar ok , aku guna avira free je

4 ulasan:

Unknown berkata...

sama la aku. aku pakai yg crack version kehkehkeh

Faz Fazrin berkata...

aku malas nak crack2, pakai yg free je, takyah fikir ape2,hehehe

azka berkata...

berdasarkan pengalaman saya, baik keluarkan duit skit pakai yg berbayar, lagi pun antivirus skrg tak semahal dulu. sebab banyak beza juga khususnya yg ada jenis internet security. tambah2 yang jenis crack hati2 skit pakai. dah kena banyak kali bila scan installer yang crack (bukannya crack) ada virus diorg compile kat dalam tu. kalau scan pakai yang free jarang boleh kesan.

bagi yang berniaga jenis cari makan ikut komputer, pakailah berbayar. kalau tak lagi rugi buang masa duk repair pc bila kena virus. ini saya selalu syor kat kawan2 yg berniaga. kdg2 diorang ni kena dulu baru faham.

salam

Faz Fazrin berkata...

ye la..tapi yg peliknyekan org2 skrg ni, guna antivirus berbayar pun pc leh lingkup, entah apa la yg dia org wat

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE