Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian kawasan tempatan.


Rangkaian luas setempat ataupun dikenali sebagai L.A.N sebenarnya adalah satu rangkaian perhubungan yang terhad kepada satu had kawasan, sebagai contoh dalam sebuah banggunan ataupun kilang. Satu LAN mampu menghubung dengan mikrokomputer, kerangka utama (main frame) dan juga dengan alat-alat peripheral seperti pemacu cakera dan pencetak ‘High-speed’ ataupun ‘High-quality’ . Komputer yang mempunyai hubungan dengan rangkaian ini berupaya bertukar-tukar maklumat diantara satu sama lain dan juga dapat berkongsi menggunakan alat-alat peripheral tadi.

Dahulu, semua maklumat perniagaan disimpan dalam dan diproses oleh satu komputer kerangka utama. Dengan kemajuan mikrokomputer, telah menjadi penting dalam menyediakan pelbagai jenis penggunaan mikrokomputer dengan hanya pada satu ekses terhadap data. Sebab kenapa diperlukan rangkaian (Network) :-

Kemungkinan syarikat tersebut mempunyai beberapa komputer PC diletakkan
pada tiap-tiap tingkat tetapi mempunyai hanya satu mesin pencetak sahaja.

Pengguna boleh berkongsi sumber-sumber yang mahal seperti pencetak dan

storan bersama-sama untuk mengelakkan kos penyalinan yang mahal.

Seorang pengguna tidak perlu berkerja dalam keadaan terpisah. Mereka boleh
mendapatkan data dan aturcara dari beberapa fail pusat atau sumber dalam penyediaan data atau menganalisa data.

Rangkaian juga membenarkan lebih seorang menggunakan sesuatu pakej

perisisan pada satu waktu.


nanti kita belajar tentang topilogi plak k

Terdapat tiga jenis topologi yang biasa digunakan oleh L.A.N :-

TOPOLOGI BAS

TOPOLOGI BINTANG

TOPOLOGI GELANG


Tiada ulasan:

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE