Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

Kelebihan dan Kekurangan LAN


LAN membolehkan pengguna mengkongsikan sumber komputer dan perisian. Sekiranya sesuatu sumber rosak, pengguna juga dapat mencapai sumber yang lain yang mungkin terdapat pada komputer lain dalam LAN tersebut. Tambahan, kebanyakan komponen dalam sesuatu LAN dapat diubah dan diperbaiki secara berasingan, memudahkan perubahan LAN tersebut.

Biasanya, kadar penghantaran data melalui LAN adalah lebih tinggi dan ralat yang dialami adalah rendah berbanding dengan sistem WAN. Data boleh disimpan pada komputer yang berlainan tetapi masih dapat dicapai secara pantas daripada mesin berlainan.

Namun, sistem komputer yang mempunyai fungsi LAN adalah lebih mahal berbanding dengan sistem berasingan. Pengurusan dan pemeliharaan sistem LAN juga memerlukan sumber manusia. Sistem yang dikongsi juga mestilah dapat menampung tahap kegunaan daripada berbilang pengguna pada LAN tersebut.

Contohnya, kabel yang digunakan mestilah dapat menampung kadar penghantaran data yang diperlukan, dan tempat storan mestilah mencukupi. Tambahan, OS dan perisian yang digunakan mestilah diperbaiki (upgraded) dari masa ke semasa untuk mengelakkan masalah keselamatan dan pepijat (bugs) yang wujud dalam perisian tersebut.

Tiada ulasan:

Bicikut - IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE