1. Memori ialah bahagian komputer yang menyimpan :
a. Data untuk pemprosesan
b. Arahan-arahan atau program untuk pemprosesan data
c. Maklumat iaitu data telah diproses
2. Data dan arahan disimpan dalam memori secara sementara sahaja. Ini adalah kerana :
a. Kebaikan jenis memori menyimpan data secara sementara.
b. Jika terdapat lebih dari satu program dilaksanakan dalam satu masa yang sama, sesuatu aturcara tidak boleh berada dalam memori secara eksklusif.
c. Tiada ruang dalam memori untuk menyimpan data yang telah diproses.
3. Terdapat dua jenis memori iaitu:
a. RAM (Random Access Memory) capaian memori jenis ini menyimpan data dan arahan yang akan dilaksanakan secara sementara. Ia bersifat meruap (volatile) iaitu kandungan ingatannya akan terhapus sekiranya tiada arus elektrik. RAM terdiri daripada dua jenis iaitu Statik RAM (SRAM) dan Dynamic Ram (DRAM). Ukuran muatan bergantung kepada jumlah bait yang boleh disimpan. Contohnya 8MB, 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan sebagainya.
b. ROM (Read Only Memory) iaitu memori jenis ini menyimpan program dan data secara kekal. Kandungan memori iaitu program dan data hanya boleh dibaca dan digunakan tetapi boleh diubahsuai oleh pengguna. Ia bersifat tidak meruap iaitu (non-volatile) kandungan memori tidak akan terhapus sekiranya tiada bekalan arus elektrik.
DAFTAR
1.Daftar ialah storan sementara bagi sesuatu arahan dan data yang sedang dilaksanakan oleh CPU. Ia bukan sebahagian daripada memori tetapi ia merupakan storan tambahan yang mempunyai kelebihan dari segi kepantasan. Daftar dikawal oleh unit kawalan untuk menerima, menyimpan dan menghantar arahan dan data. Ia membenarkan perbandingan arithmetik dan logik dilakukan dengan pantas. Daftar ini dikenali sebagai Daftar Storan Berkelajuan Tinggi.
2. Terdapat beberapa jenis daftar iaitu:
a. Daftar Penghimpun (accumulator) - untuk simpan hasil pengiraan
b. Daftar Alamat - simpan alamat lokasi dalam memori
c. Daftar Storan - simpan data yang akan dihantar atau diambil dari memori
d. Daftar Am (general purpose) - berguna untuk pelbagai fungsi seperti operasi arithmetik
3 ulasan:
ha3,,setiap kali aku masuk sini mesti aku teringat zaman belaja aku.
sebab dulu aku amik IT network, bende2 ni lah aku duk stress buat assignment dulu..ha3,
tq bro, jadik nostalgia pulok
infomasi yang menarik
terima kasih untuk informasi
Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia
Watey Blog
Liteforex.com
Catat Ulasan